Tuesday, 22 November 2011

AKU BUKAN TOMBOY

Aku Bukan Tomboy
Pengarah: syamsul yusof
Pelakon: Scha Al Yahya ( sebagai Farisa / Eisha) , shaheizy Sam ( Harry ), Syamsul Yusof (Burn), sheera Iskandar (Bell), Salina Saibi (Sam), Harun Salim Bachik, Eira Syazira, Zarina Zainoordin, AR Badul & Didie Alias.
Sinopsis: filem yang bergenre romentik komedi ini menyelami kisah seorang gadis penghantar pizza yang bernama Farisa atau Eisha yang berperwatakan seorang yang kasar, agresif dan jauh berbeza dari sifat-sifat gadis normal yang lain. Eisha yang juga kehilangan ibunya sejak kecil telah dibesarkan oleh bapanya yang merupakan seorang tukang jahit.
                Disebalik sifat kasar dan berpenampilan seperti lelaki, naluri semulajadi gadis di dalam dirinya tidak pernah padam. Malah Farisa juga inginkan kehidupannya sepertimana yang dilalui oleh gadis-gadis lain.
                 Tanpa diduga hubungan baiknya dengan harry seorang jurujual yang setaraf dengannya membuahkan bibit-bibit cinta di hati Harry.
                Malangnya Harry tidak berani menyatakan perasaanya kepada Eisha. Dalam masa yang sama Eisha juga menjadi rebutan oleh Sam dan Bell yang mahu menjalinkan hubungan intim sejenis.
                Namun segala-galanya berubah apabila Eisha bertemu dengan Burn yang berbeza dari segi darjat dan kedudukan dengan secara tidak sengaja. Sejak pertemuan itu Burn mula mencintai Eisha dengan nekad untuk memperisterikan Eisha hingga menyebabkan dirinya tersepit dalam cinta tiga segi.
                Tentu sebagai seorang gadis Tomboy amay sukar untuknya membuat keputusan dan adakah Eisha perlu berkorban untuk mendapatkan cintanya yang sejati? Jadi persoalannya akan terjawab apabila anda menonton Aku Bukan Tomboy jadi cepat2lah tegok dipawagam bagi sesiapa yang sempat menonton bagi yang tidak sempat tunggu keluaran vcd cerita Aku Bukan Tomboy yang ori k jangan beli  VCD atau DVD yang cetak rompak…












No comments:

Post a Comment