Thursday, 15 December 2011

Salam… hari nie saya adew bacew sebuah majalah mengenai tentang haiwan kucing dan anjing…

Kisah pertama tentang <Rasulullah kasihkan kucing>
Mungkin ada yang tahu bahawa haiwan seperti kucing memang menjadi kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. mungkin kita semua pernah diceritakan dalam satu kisah tentang Nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai seekor kucing yang baginda menamakan Mueeza. Kisah ini bermula ketika baginda mahu mengambil jubahnya, Mueeza tidur dengan lena di atas jubah milik Baginda. Disebabkan itu baginda enggan menganggu Mueeza ketika tidur, baginda sanggup memotong lengan jubahnya yang menjadi tmpat tidur kucing kesayangannya. Selepas itu, baginda keluar dari rumah dan apabila pulang, Mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada baginda. Rasulullah, memberitahu Mueeza yang baginda sangat menyayanginya.baginda kemudian mengusap lembut badan Mueeza sebanyak tiga kali.
        Setiap kali ada tetamu yang berkunjung di rumah baginda, Mueeza didukung dan diletak di atas pehanya. Jelas sekali Rasulullah sangat mengasihi Mueeza. Malah, kucing berkenaan akan bersuara setiap kali azan kedengaran. Suaranya seperti mengikut alunan azan dengan sepenuh jiwanya. Isteri baginda, Aisyah Abu Bakar Ash Siddiq juga menyayangi haiwan dan akan merasa kehilangan apabila kucing peliharaannya meninggalkan rumah. Begitu juga dengan sahabat baginda yang juga ahli hadis, Abdurrahman Sakhr AlAzdi yang diberi nama samara sebagai Abu Hurairah atau maksudnya “bapa kucing jantan” kerana kegemarannya memelihara dam merawat banyak kucing jantan di rumahnya.
        Nabi Muhammad s.a.w juga selalu berpesan kepada para sahabatnya supaya menyayangi kepada haiwan peliharaan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Malah, para sahabat juga diingatkan akan tentang hukuman berat kepada yang suka menyakiti haiwan.
Kisah kedua tentang <seksa kucing,wanita tersebut dapat azab di akhirat>….
Kisah ini tentang seorang wanita yang bernama Himyariyah Israiliyah yang tergamak mengurung seekor kucing selama berhari-hari tanpa memberikan kucing berkenaan makan dan minum. Apabila kucing itu mengiau meminta pertolongan kerana kehausan dan juga kelaparan, dia tergamak membiarkan kucing sahaja kerana dia memang sengaja menganiaya kucing berkenaan.
        Selepas beberapa hari,kucing tersebut mati dan kemudian mengadu kepada Pencipta-nya tentang kezaliman Himyariyah terhadapnya. Sikap tidak berperikemanusiaan wanita ini telah menempah dirinya ke Neraka, setelah bertemu dengan maut.
        Nabi Muhammad s.a.w telah melihat sendiri bagaimana kucing itu memburu wanita itu. Kesan-kesan calar dilihat dimuka dan dibadannya. Baginda melihat semua ini ketika Alah s.w.t memperlihatkan kepada baginda keadaan syurga dan neraka ketika baginda melakukan solat gerhana.
        Orang islam dilarang keras menyakiti haiwan apatah lagi mengurung tanpa memberi makanan dan minuman. Adalah lebih baik dilepaskan saja haiwan berkenaan supaya dapat ia mencari makan dan minumnya dengan sendiri.
        Manusia yang berakal kene memberi makan dan minum kepada kucing kalau membelanya dan itu dijanjikan pahala yang besar.






Kisah ketiga tentang <jangan jijik terhadap anjing>….
Ada sebuah kisah yang sungguh menarik mengenai tentang seorang alim ulamayang dalam perjalanan untuk ke masjid. Beliau terpaksa melalui jalan yang ada lopak air dan ketika berjalan beliau terserempak dengan seekor anjing di sebelahnya.
        Dengan serta-merta, beliau mengangkat jubahnyakerana jijikdan risau tersentuh dengan anjing berkenaan.
        Atas izin Allah,haiwan itu berkata-kata,”wahai manusia,najis dibadanku boleh disucikan seandainya menyentuh jubahmu. Akan tetapi mampukah engkau menyucikan hatimu yang sombong kerana memandang hina anjing sepertiku?”
        Kemudiannya,alim ulama ini terkejut dan sedar dengan kesilapanya memandang hina terhadap makhluk ciptaan Allah itu. Beliau menangis dan bertaubat.
        Dua kisah ini membuktikan betapa dalam islam sendiri meletakkan kedudukan haiwan itu perlu kita hormati. Berdosa besar kalau kita mendera haiwan tersebut,apatah lagi membunuhnya. Berikut pengajaran yang boleh kita dapat;*memelihara haiwan adalah satu amal yang besar pahalanya di sisi Allah s.w.t. setiap makanan yang diberi kepada haiwan adalah pahalanya.
        *belajarlah untuk mengasihi haiwan. Jangan sesekali bertindak zalim, menafikan pergerakan dan kehidupan di dunia ini. Haiwan juga ingin hidup bersama-sama dengan manusia di bumi Allah ini.
        *berdisa besar bagi mereka yang menyeksa dan menyakiti haiwan dengan memukul den membunuh. Mereka yang bertindak sebegini akan dimasukkan ke Neraka.
        *dalam islamdibolehkan mengurung haiwan seperti kucing, burung dan sebagainya. Tetapi, kit diwajibkan memberi makan dan minum. Jika tidak mampu lepaskan saja untuk haiwan itu mencari makan dan minum dengan sendiri.
Jadi kepada yang membela haiwan sayangilah haiwan anda dan jangan menganiaya haiwan anda.


No comments:

Post a Comment