(Kisah Zul & Dol)
Zul: Semalam aku nampak hantu.
Dol: Abis kau terkejut tak?
Zul: Taklah. Hantu tu yang terkejut tengok aku.
Dol: Mana kau tau hantu tu terkejut tengok kau?
Zul: Sebab aku tengok muka hantu tu pucat lesi jer bila nampak muka aku!
(HIV)
Ayob berjumpa dengan Usop di tengah jalan lalu bertanya," Kau ada HIV kan?" Usop bengang lalu menjawab, Kau gila! Mana aku ada HIV!" " Kau jangan nak tipu aku lah, Usop. Aku dah tanya kat 9 orang yang lain. Kau yang ke-10. Maknanya memang sahlah kau ada HIV,"Jawab Ayob dengan perasaan tak bersalah. Usop bertambah berang lalu bertanya," Kau jangan nak buat fitnah kat aku plak. Fakta mana yang dapat sahkan yang dakwaan kau ni?" Jawab Ayob, " Aku dapat dari internet. Katanya kat Negara ni, seorang daripada 10 orang merupakan penghidap HIV. sudah 9 orang yang aku berjumpa dan bertanya hari ni, semuanya takde HIV. Kau orang yang ke-10, maknya memang sahihlah yang kau ada HIV!"
(Sila Datang Lagi)
Ah Meng menggaru-garu lkepalanya yang tak gatal. Sudah masuk 3 kedainya dimasuki perompak. Ramli yang bersimpati dengan nasib sahabatnya itu brerkata, " Sabarlah, Ah Meng. ini semua dugaan." Ah Meng menjawab, " ini bulan saja, sudah 3 kali perompak pecah masuk kedai aku. Baru bulan pertama aku berniaga. Kalau ini macam, mau bangkrap wooooo." Lantas Ramli memberi cadangan, " Apa kata kau jangan letak ini papan tanda "Sila Datang Lagi", mesti itu peerompak takkan masuk lagi ke kedai kau!"
No comments:
Post a Comment